Bersempena dengan Quranic Week, kelab JKQ dan QYC (Quranic Youth Club) telah mengadakan kolaborasi buat julung kalinya dengan menganjurkan program ceramah berbentuk seminar, membawa topik PASAK (Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran Al-Kareem). Program ini telah dilangsungkan pada 2 Februari 2010, bermula jam 8.30 malam bertempat di ADM LT 5 dan disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi, Dr. Arip bin Kasmo, seorang pensyarah di UKM.
Sessi Pendaftaran
Majlis dimulakan dengan sessi pendaftaran bagi pelajar-pelajar sejurus selepas waktu maghrib. Hadirin dihiburkan dengan tayangan video dan alunan nasyid sementara menanti ketibaan penceramah dan para VIP.
Sebaik sahaja ketibaannya, penceramah tidak mengambil masa yang lama untuk terus mengepalai ruangan dewan ADM LT 5. Dr. Arip, berpaksikan konsep memperkenalkan Al-Qur'an melalui kaedah saintifik, matematik, nombor dan statistik, nyata berjaya menarik minat rata-rata hadirin.
Dr. Arip Kasmor dengan penerangannya yang mapan
Sebahagian daripada hadirin dan hadirat yang sedang khusyuk mendengar
Sebahagian daripada hadirin dan hadirat yang sedang khusyuk mendengar
Para VIP
Sesi gimik dan pelancaran Quranic Week yang disempurnakan oleh penasihat QYC
Upacara penyampaian cenderahati kepada penceramah, Dr Arip
Sebahagian daripada wakil Komiti QYC
Segala puji bagi Allah, program ceramah PASAK (Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran Al-Kareem) ini telah berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun menghadapi sedikit masalah dari segi komunikasi dan teknikal, namun segalanya berada dalam keadaan terkawal, bahkan sesungguhnya setiap masalah itu adalah sangat berharga untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman. Pihak JKQ berbesar hati menganugerahkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak QYC atas kesudian untuk menjemput kami bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga titik ini menjadi penyuluh jalan agar lebih banyak program kolaborasi dan kerjasama antara JKQ dan QYC akan diadakan di masa akan datang. Paling penting, moga ukhwah yang dibina ini akan berkekalan ke gerbang syurga, Insyallah.
انما المؤمنون اخوة فاصلحوا بين اخويكمّ
0 comments:
Post a Comment