Salam and welcome to the official blog of

Jom Kenal Qur'an (^^) :: جمعية خدمة القرءان







~Eid ul-adha~





Allah broadcasted in the al-Qur'an, in al-Hajj, verse 34-35:




وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُواْ اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ الاٌّنْعَـمِ فَإِلَـهُكُمْ إِلَـهٌ وَحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُواْ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ - الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّـبِرِينَ عَلَى مَآ أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِى الصَّلَوةِ وَمِمَّا رَزَقْنَـهُمْ يُنفِقُونَ

34. And for every nation We have appointed religious ceremonies, that they may mention the Name of Allah over the beast of cattle that He has given them for food. And your God is One God, so you must submit to Him Alone. And give glad tidings to the Mukhbitin.

35. Whose hearts are filled with fear when Allah is mentioned, and the patient who bear whatever may befall them, and who perform the Salah, and who spend out of what We have provided for them.)






**JKQ mengucapkan Salam Idul-Adha kepada semua, serta selamat menjalankan ibadah haji dan ibadah qurban dengan sempurna kepada mereka-mereka yang berkenaan.Kullu 'Am wa Antum Bikhair.

Annual General Meeting JKQ 08/09

Tanggal 25 Oktober 2009, JKQ telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2008/2009. Mesyuarat Agung Tahunan, atau lebih dikenali sebagai AGM 08/09 telah diadakan di bangunan ADM LT 1 bermula pada jam 8.30 malam.

Antara isi mesyuarat ialah Pembentangan Laporan Aktiviti dan Laporan Kewangan 08/09, Pembubaran Ahli Lembaga Lama 08/09 serta Perlantikan Ahli Lembaga Baru 09/10.


Ucapan pembuka bicara daripada pengerusi majlis



Alunan bacaan Al-Qur'an memberkati majlis



Amanat-amanat akhir daripada Presiden JKQ 08/09



Sebahagian daripada hadirin dan hadirat



Madah azimat daripada Penasihat JKQ, Ustz Surur Shihabudin



Pembentangan Laporan Aktiviti 08/09 oleh Setiausaha Agung JKQ,
Akhi Saif




Pembentangan Laporan Kewangan 08/09 oleh Bendahari JKQ,
Ukhti Siti Sarah




Pengerusi dan setiausaha AGM JKQ 08/09



VIP dan dif jemputan




Mantan Presiden JKQ, Akhi Thaqif Ilman




Unit Multimedia




Barisan Kepimpinan Baru JKQ, untuk sesi 09/10




Simbolik penyerahan kuasa antara presiden lama dan baru




Ucapan sulung daripada Presiden JKQ 09/10, Ahmad Taqiyuddin




Penyampaian cenderahati kepada VIP dan dif jemputan




Bacaan doa khatimah oleh Ustz Nik




Sesi soal jawab dan komentar




Mantan Presiden JKQ, akhi Arshad turut hadir memberi sokongan




VIP dan dif menikmati juadah




Barisan komiti AGM JKQ 08/09


Alhamdulillah, berkat kerjasama dan persepakatan antara semua pihak, majlis AGM JKQ 08/09 telah berjalan dengan lancar. Bilangan hadirin yang menjayakan AGM kali ini juga boleh dibanggakan dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Insyallah, dengan izin-Nya, JKQ akan terus maju dari semasa ke semasa, di samping menjaga kebajikan ahli dan masyarakat berpandukan Al-Qur'an.

P/s : Jutaan penghargaan diucapkan buat semua individu yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AGM kali ni. Hanya Allah yang akan membalas jasa anda. Jazaakallah.

Nabi (s.a.w) pun lepak jugak… (Part 2)

Nabi (s.a.w) pun lepak jugak… (Part 2)

Dari topic yang lepas, kita boleh simpulkan 3 tips untuk melepak;

ketua
Nabi s.a.w. jadi ketua bila berkumpul dengan sahabat.
Pengaruh Baginda digunakan supaya topik-topik yang dibincangkan bermanfaat.
Nabi s.a.w. gariskan adab-adab tertentu (tidak mengganggu orang lain, beri salam pada orang yang lalu etc.)

budaya berfikir
Nabi s.a.w. galakkan budaya berfikir dengan soalan yang membina minda.
Walaupun cuma teka teki, tetapi tetap menjana pemikiran kita.

hormat-menghormati
Nabi s.a.w. didik sahabat saling hormat-menghormati.
Misalnya, Ibn Umar hormat pada sahabat yang lebih tua.
Dilihat sahabat-sahabat lain sibuk dan bersemangat mencari jawapan, jadi disimpan sahaja jawapannya.

Bila sahabat semua dah give up, Nabi s.a.w. pun beri jawapannya.
Jawapannya, pohon kurma.
Ibn Umar senyum sahaja.

On the way balik ke rumah, Ibn Umar beritahu ayahnya (yang tadi ikut sama dalam kumpulan mereka) yang beliau tahu jawapannya.
Tahu apa yang ayah Ibn Umar jawab?
“Aku lebih gembira jika engkau beritahu tadi (sebelum Nabi s.a.w. beri jawapan)”.

Selain itu, mari kita kongsi dua point lagi…


banggakan mak ayah
Benda kecil pun boleh banggakan mak ayah kita.
Contoh macam Ibn Umar tadi. Jawapan teka teki pun dah boleh buat ayah dia happy.
So, pahat dalam minda.
Mudah saja nak gembirakan mak ayah kita, jadi mudah juga nak lukakan hati mereka.

pohon kurma
Kenapa Nabi s.a.w. kata Muslim yang baik macam pohon kurma.
Pohon kurma banyak manfaatnya.
Tak percaya?
Anda boleh surf sendiri di Internet.
Mesti panjang senarai yang anda terima.
Begitulah Muslim yang baik, dirinya bermanfaat pada semua ciptaan Allah yang lain.

Sebelum saya akhiri, maaf atas salah silap kasar bahasa dalam artikel ni dan.. mesti ada yang tertanya-tanya pasal teka teki yang mula-mula tadi. Nak tahu jawapannya?

Keranda.
Fikir-fikirkan.