Salam and welcome to the official blog of

Jom Kenal Qur'an (^^) :: جمعية خدمة القرءان







SALAM LEBARAN



Perginya Ramadhan Tidak Dinanti,
Sayu diHati Tidak Terperi,
Moga Terkesan Peribadi Yang Murni,
Iman dan Taqwa Kekal Bersemi...

Datangnya Syawal Tanda Kemenangan,
Setelah Menempuh Puasa Sebulan,
Raikanlah Penuh Kesyukuran,
Agar Kita Dilimpahi Keberkatan...

Maaf diPohon Penuh Keikhlasan,
Atas Kesilapan yang Tak diSedari,
Buang Segala Persengketaan,
Kembalikan Ukhwah Satukan Hati...

Salam eid mubarak~
JKQ






Logo Baru

Bahagian Pub n Pro,mencadangkan ingin buat satu perubahan pada logo JKQ. Memandangkan logo JKQ tidak memenuhi ciri2 dan lambang sesebuah club,kami merasakan sebaiknya kita membuat ubah-suai yang lebih menarik dan melengkapkan logo tersebut dengan lebih sempurna.
Oleh itu, ingin kerjasama dari semua kita fikirkan bersama untuk merangka logo JKQ yang menunjukkan kesepaduan dari semua ahli. Syukria~
# Bukan ingin memperkecilkan logo sedia ada,tapi kami dimaklumkan logo kita terdapat kekurangan yang perlu disempurnakan.TQ.

Nur of Ramadhan 5-6 Sept 2009

Sebelum aktiviti mandi-manda

Ceria selepas bertadarus

Mereka memerlukan kita

JKQ telah bekerjasama dengan Titian Asli untuk menjayakan program bersama orang asli di Kg. Songkok,Batang Kali,Selangor. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Walaupun pada mulanya banyak kesulitan yang dihadapi,dengan pertolongan Illahi dan kerjasama dari semua hati-hati yang hadirkan diri kita tetap meneruskan apa yang telah dirancang dan direncanakan.
Tujuan kita ke sana bukan sahaja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,malah kita terapkan ke dalam diri mereka dengan deen Islam yang lebih utama. Walaupun kehidupan mereka nampak terasing dengan dunia kita,kita jangan sesekali memandang rendah terhadap makhluk yang sama taraf di sisi Illahi ini.
Terima kasih kepada sahabat2 yang terlibat...moga2 setiap langkah dalam menjayakan program ini dilipat gandakan dengan ribuan keampunan dari Illahi dan diberi sebanyak-banyak rahmat yang tak terkira luasnya. Lebih-lebih lagi kalian sudi meluangkan masa dan tenaga dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini di mana tidak semua insan sanggup berkongsi sebahagian hidupnya bersama orang lain. Jazakumullahu Khaira~
Diharap,kita dapat teruskan aktiviti seperti ini pada masa akan datang dan jangan ada yang berundur untuk terlibat sama. Ini kerana,kita telah nampak di mana tanggungjawab kita.


"Dekatkanlah mereka dengan Islam...Hulurkan dengan kasih sayang..."