Salam and welcome to the official blog of

Jom Kenal Qur'an (^^) :: جمعية خدمة القرءان







Akademi Al-Qur'an 4 Final

Sebagai salah sebuah kelab naungan CENSERVE Unit yang berada dalam kategori Kelab Berasaskan Qur'an / Da'wah (Quranic/Da'wah-Based Club), kelab JKQ telah mengadakan rombongan ke pertandingan Akademi Al-Qur'an musim ke-4 (AQ4) peringkat akhir pada 6 Ogos 2010.



Bertempat di PICC Putrajaya, pertandingan tahunan anjuran TV9 Dekat Dihatiku dan Primeworks Studios ini telah menjadi platform yang utuh bagi pihak JKQ untuk menimba ilmu secara langsung dan tidak langsung, lantas berjaya menarik pihak kami untuk turut serta memeriahkan acara gilang-gemilang itu.

Berbekalkan bas yang ditaja oleh pihak CENSERVE dan pas masuk yang diberi oleh pihak penganjur, seramai 40 orang pelajar UIA telah menyertai rombongan JKQ ke Final AQ 4 ini.

Dihoskan oleh Ustaz Zamri dan bekas Johan Tilawah Antarabangsa, Sharifah Khasif, acara yang disiarkan secara langsung di TV9 ini bermula tepat jam 8.30 malam melalui persembahan pembukaan mantap daripada 3 qari muda berbakat besar yang juga merupakan bekas-bekas juara Akademi Al-Qur'an musim-musim yang lalu. Ketiga-tiga mereka bergabung dalam mengalunkan bacaan surah Ad-Duha menggunakan 3 jenis riwayat qiraat yang berbeza. Rata-rata penonton kelihatan sangat kagum dengan kemantapan dan kemahiran ketiga-tiga daripada mereka.

Persembahan pembukaan yang berjaya memukau para penonton


Juara AQ 1 - Abdullah Fahmi

Juara AQ 2 - Anuar Hasin

Juara AQ 3 - Fakhrul Radhi

Hos yang sentiasa mencuit hati - Us. Zamri & Sh. Khasif


Program diteruskan dengan acara penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan kepada semua pelajar Akademi Al-Qur'an bagi musim ke-4,disempurnakan oleh VIP yang hadir.

Para peserta AQ 4 bersiap menerima sijil


Sebahagian daripada peserta AQ 4 yang menerima sijil


Pertandingan peringkat akhir dimulakan oleh finalis pertama, Muhammad Ahmad Zahid, yang lebih dikenali di seluruh Malaysia sebagai Adik Muhammad. Berusia 16 tahun, beliau berjaya membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seseorang dalam mendalami dan menguasai ilmu al-Qur'an melalui persembahannya yang impresif.

Adik Muhammad memperdengarkan bacaannya


Peserta kedua, Tirmizi Hj. Ali, berjaya mengekalkan momentum acara yang cemerlang. Imam yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Qiraat di Shoubra, Mesir itu nyata berada dalam kelas tersendiri. Ada di kalangan hadirin dan penonton yang menitiskan airmata mendengar bacaan yang penuh bertenaga dan berkarakter daripada beliau.

Tirmizi Hj. Ali, peserta favorit AQ 4


Juga memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Qiraat dari Shoubra, Mesir, peserta ketiga, Husni Ali Hassan tampil untuk memberi saingan. Berasal dari Melaka Bandaraya Bersejarah, Husni kelihatan sedikit gemuruh, namun beliau tetap memberi saingan terbaik kepada dua peserta sebelumnya. Berbeza dengan Tirmizi, Husni sendiri mengalirkan airmata pabila beliau mendendangkan bacaan.


Husni memberi persembahan dengan penuh penghayatan


Finalis ke-4, yakni peserta terakhir, Yahya Hj. Ali, merupakan adik kepada peserta pilihan, Tirmizi Hj. Ali serta finalis-finalis musim yang lalu, Shukri Hj. Ali dan Hafas Hj. Ali. Berasal dari Terengganu, pencabar terakhir ini juga jelas tidak kurang sengatnya berbekalkan suaranya yang merdu.

Yahya penuh konsentrasi


Setelah keempat-empat finalis tamat mempersembahkan bacaan masing-masing, para penonton dihiburkan dengan persembahan khas daripada kumpulan Unique (dahulunya dikenali sebagai UNIC) sementara menunggu pihak juri mengira markah.


Ust.Nazri Abdullah (kanan) selaku Juri Qiraat 
 

Ust. Radzi Kamarul Hailan, juri tarannum yang sentiasa dengan senyuman
 

Ustzh. Asni Abu Mansor bertanggungjawab menilai tajwid dan fasohah
 

Selingan nasyid daripada Unique dengan lagunya Binnabil Huda
 

Selesai persembahan daripada salah sebuah kumpulan nasyid tersohor tanah air itu, tibalah acara yang paling dinantikan semua, pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.

Para finalis berdebar menanti keputusan juri
 
 
 
 Dan keputusannya.....

Husni Ali Hassan memperoleh tempat ke-4
 

Tempat ke-3 milik Yahya Hj. Ali
 

Muhammad Ahmad Zahid dinobatkan sebagai naib juara
 

Tirmizi Hj. Ali diisytihar sebagai Juara AQ musim ke-4

Alhamdulillah, akhirnya detik-detik yang ditunggu telah pun berlalu dan para pemenang telahpun selamat ditabalkan. Syukur juga kerana semuanya berjalan lancar. Sungguh program Akademi Al-Qur'an ini benar-benar memperkaya ilmu al-Qur'an dan secara tidak langsung bertanggungjawab menjadi platform dakwah yang berkesan. Sebagai pelajar di sebuah universiti yang menggunakan al-Qur'an sebagai landasan utama, kami juga merasa sungguh berbesar hati kerana didedahkan dengan pembelajaran dan ilmu yang baru berkenaan al-Qur'an khasnya dan agama Islam amnya moga dapat memperkasa perjuangan Islam pada masa akan datang. Insyallah.

Para penonton, hadirin berserta krew TV9 yang bertungkus-lumus
 

Kesemua 12 peserta AQ 4



خيركم من تعلم القرءان وعلمه


0 comments: