Salam and welcome to the official blog of

Jom Kenal Qur'an (^^) :: جمعية خدمة القرءان







JKQ Close-Up & Mass Gathering


  Pada 4-6 Januari 2010, JKQ, secara rasminya telah mengadakan program JKQ Close-Up. Sejajar dengan namanya, program yang berkonsepkan "opening booth" yang bertempat di ITD Foyer ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan lagi nama JKQ di samping merekrut ahli-ahli baru. Program JKQ Close-Up ini juga secara tidak langsung berfungsi untuk melobi ahli-ahli lama dan baru untuk menyertai program-program JKQ yang akan datang.



 
Booth di ITD Foyer


   Program JKQ Close-Up disusuli oleh program kemuncak JKQ Mass Gathering atau juga dikenali sebagai JKQ Liqa' Mahabbah. Perubahan nama, perbezaan tampuk kepimpinan, tapi berpaksikan misi dan visi yang sama, program Mass Gathering ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli, sama ada yang baru, mahupun yang lama, di samping merapatkan jurang antara generasi.

   6 Januari 2010, bertempat di ADM LT1,bermula jam 8.30 malam, program Mass Gathering ini diadakan secara tidak rasmi, yakni tanpa sebarang dif jemputan. Rasionalnya adalah untuk lebih melicinkan komunikasi dua hala antara barisan kepimpinan JKQ dan ahli-ahli JKQ serta lebih memudahkan proses perkongsian dan perhubungan hati ke hati.


Backdrop JKQ Mass Gathering 09/10


 
Secebis jamahan ayat suci Al-Qur'an daripada Akhi Raziz


 
Akhi Solihin mencorak perjalanan majlis selaku Pengerusi Majlis



  
Presiden JKQ, akhi Taqiyuddin menyampaikan picisan ucapan beliau



 
Pembentangan Almanac JKQ 09/10 oleh S/U Agung, akhi Ammar



Antara hadirin dan hadirat yang secara rasminya juga merupakan ahli JKQ


 

 






 

 
Mantan presiden, akhi Thaqif, berkongsi coretan suka dan duka



 
Turut memberi sokongan, mantan presiden JKQ dan wakil daripada Titian Asli



 
 
Sudut soal dan jawab menguraikan segala tanda tanya




   Segala puji bagi Allah, program JKQ Close-Up & Mass Gathering berjaya dijalankan dengan lancar walaupun kadangkala ianya turut disajikan dengan sedikit masalah dan ujian dari-Nya. Di samping itu, jumlah kehadiran juga telah mencatatkan satu kejayaan yang tidak dijangkakan. Selaku program sulung, JKQ Close-Up & Mass Gathering secara rasminya menjadi obor pencetus permulaan jerih payah bagi Ahli Lembaga Kepimpinan JKQ 09/10. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa, berbekalkan rahmat dan hidayah daripada Allah serta sokongan daripada semua ahli JKQ.Insya-Allah.

~Together we share the moment~

0 comments: