selamat menyambut tahun baru 2010....

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:



"Barangsiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada Allah melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah di dunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. Allah akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan, kesibukan yang tidak ada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang ke dalam hatinya.
Wahai anak Adam, setiap hari umurmu berkurangan, sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezeki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memujiKU. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau merasa puas terhadap apa yang banyak.
Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripadaKU rezeki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi malaikat mempersembahkan amalan kejahatanmu. Kamu memakan rezekiKU kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadapKU.
Kamu memohon daripadaKU lalu Aku memperkenankan permohonanmu itu. Kebaikan daripadaKU, sentiasa mengalir kepadamu dan kejahatan daripadamu sampai kepadaKU. Sesungguhnya AKU adalah sebaik-baik Tuan kepadamu dan engkau adalah sejahat-jahat hamba kepadaKU.
Engkau menanggalkan daripadaKU apa-apa yang AKU berikan kepadamu. AKU tutupkan kejahatan demi kejahatanmu. AKU malu terhadapmu tetapi engkau tidak merasai malu denganKU. Engkau melupaiKU dan mengingati selain daripadaKU. Engkau merasa takut kepada manusia tetapi merasa aman terhadapKu. Engkau merasa gentar dengan marah manusia tetapi engkau merasa aman terhadap kemurkaanKU.”

Apa yang dapat disimpulkan dari hadis qudsi ini ialah:

  • Manusia itu sentiasa berkeluh-kesah. Bukan kerana memikirkan azabnya neraka, mahupun kerasnya tempikan Munkar dan Nakir di alam barzakh. Bukan juga kerana pedihnya sengsara Palestin, tetapi kerana dunia! Kerana dunia semata-mata! Pilu rasanya hati andai tak bisa menatap selebriti pujaan hati, juga trsangat pedih tika kekasih melafazkan kata pergi, juga amat terasa sayu bilamana study tak seperti yang diingini. Memang inilah zaman di mana umat Islam itu ramai, tetapi ramainya ia seperti buih-buih di lautan, tak berguna apa, sekadar penghias lautan, terumbang-ambing ke sana ke mari dihempas gelora.

  • Betapa manusia itu adalah makhluk yang acapkali lalai mengecap erti syukur daripada banyaknya kurniaan Allah kepadanya dan betapa Allah itu tak pernah lalai dalam mengurniakan rezeki kepada manusia, biarpun apa yang dibalas oleh khalifatullah fil ardh itu cumalah catatan-catatan kejahatan yang melimpah-ruah banyaknya. manusia itu bagaikan kacang lupakan kulit!

  • Seringkali manusia itu tidak merasa perlu untuk segera bertaubat atas banyaknya kejahatan dan kemungkaran yang dikerjakan kerna bagi mereka ‘hidup hanya sekali dan Allah itu MAha Pengampun!’.tetapi barangkali mereka lupa bahawa lenyapnya kehidupan di Pompeii adalah kerna dasyatnya kebejatan akhlak mereka yang mengagungkan pemuasan nafsu dan tidak segera bertaubat sehingga lenyaplah seluruh ahli Pompeii menjadi batu dek penangan lava dari gunung berapi Vesuvius, yang menyapu habis seluruh bandar itu. Sekelip mata, sepertimana terungkap dalam ayat 29 surah Yasin

    ‘Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati’

    Jadi, segeralah bertaubat wahai makhluk yang bergelar manusia, kerana mungkin tiada lagi esok bagimu!!!!
manusia-manusia yang menjadi batu akibat penderhakaan kepada Tuhan..





  • Dan betapalah manusia itu hanya mengungkapkan cinta dan penyerahan diri kepada Allah di kala ribut datang melanda, di kala taufan membadai gila dengan harapan pasti; andai diselamatkan, merekalah yang akan jadi makhluk paling bersyukur. Tapi semuanya hanya helah semata. Manusia selepas diselamatkan oleh Tuhannya, menjadi penentang paling lantang.
    Sememangnya hanya segelintir Cuma yang punya ‘unconditional love’ kepada Rabbul Izzati. Yang lainnya Cuma bisa mempraktikkan ‘conditional love’ kepada Tuhannya. Tuhan yang sentiasa memberikan pertolongan kala bahtera hampir karam dilambung badai di lautan tak bertepi. Tapi kemudiannya menjadi makhluk paling ingkar kepada Tuhannya.Na’uzubillahi min za’lik.



Duhai sahabat-sahabat, bersempena dengan kedatangan tahun baru ini, marilah kita sama-sama menjadi hamba yang paling bersyukur kepada Tuhan. Tuhan yang tak pernah cuai, lalai,jemu dan berdalih dalam memberikan kita, hamba-NYa ini limpahan dari luasnya rahmat dan kasih-sayang Allah. Janganlah membalas madu dengan tuba, kerana sesungguhnya itulah sifat manusia yang lupa asal-usulnya haanyalah dari setitis air yang hina! Renungka-renungkan dan selamat menyambut Tahun Baru 2010 dengan penuh keinsafan!!

No comments:

Post a Comment