Nabi (s.a.w) pun lepak jugak… (Part 2)
Dari topic yang lepas, kita boleh simpulkan 3 tips untuk melepak;
ketua
Nabi s.a.w. jadi ketua bila berkumpul dengan sahabat.
Pengaruh Baginda digunakan supaya topik-topik yang dibincangkan bermanfaat.
Nabi s.a.w. gariskan adab-adab tertentu (tidak mengganggu orang lain, beri salam pada orang yang lalu etc.)
budaya berfikir
Nabi s.a.w. galakkan budaya berfikir dengan soalan yang membina minda.
Walaupun cuma teka teki, tetapi tetap menjana pemikiran kita.
hormat-menghormati
Nabi s.a.w. didik sahabat saling hormat-menghormati.
Misalnya, Ibn Umar hormat pada sahabat yang lebih tua.
Dilihat sahabat-sahabat lain sibuk dan bersemangat mencari jawapan, jadi disimpan sahaja jawapannya.
Bila sahabat semua dah give up, Nabi s.a.w. pun beri jawapannya.
Jawapannya, pohon kurma.
Ibn Umar senyum sahaja.
On the way balik ke rumah, Ibn Umar beritahu ayahnya (yang tadi ikut sama dalam kumpulan mereka) yang beliau tahu jawapannya.
Tahu apa yang ayah Ibn Umar jawab?
“Aku lebih gembira jika engkau beritahu tadi (sebelum Nabi s.a.w. beri jawapan)”.
Selain itu, mari kita kongsi dua point lagi…
banggakan mak ayah
Benda kecil pun boleh banggakan mak ayah kita.
Contoh macam Ibn Umar tadi. Jawapan teka teki pun dah boleh buat ayah dia happy.
So, pahat dalam minda.
Mudah saja nak gembirakan mak ayah kita, jadi mudah juga nak lukakan hati mereka.
pohon kurma
Kenapa Nabi s.a.w. kata Muslim yang baik macam pohon kurma.
Pohon kurma banyak manfaatnya.
Tak percaya?
Anda boleh surf sendiri di Internet.
Mesti panjang senarai yang anda terima.
Begitulah Muslim yang baik, dirinya bermanfaat pada semua ciptaan Allah yang lain.
Sebelum saya akhiri, maaf atas salah silap kasar bahasa dalam artikel ni dan.. mesti ada yang tertanya-tanya pasal teka teki yang mula-mula tadi. Nak tahu jawapannya?
Keranda.
Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment