JANGAN RIYA' WAHAI SAUDARAKU!!!!


JANGAN RIYA’ WAHAI SAUDARAKU!!!!


Diriwayatkan dari Imam Abdullah bin Al-Mubarak,di dalam Kitab Al-Zuhd dan riwayat Ibnul Jauzi dalam Kitab Al-Maudhu’at daripada Khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Mu’az bin Jabal:


“Wahai Mu’az! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah S.A.W”


Berkata Khalid lalu Mu’az menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Mu’az berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Mu’az berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W pernah berkata kepadaku:


Wahai Mu’az! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis. Jika engkau mampu memeliharanya, pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah. Tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.


Wahai Mu’az! Sesungguhnya Allah telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukanNya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai kepada langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu kepada malaikat Hafazhah:


“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu barjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu :


“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannnya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran”


Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang dan puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga, maka berkatalah malaikat penjaga langit ketiga itu :


“Berhenti kamu di sisni dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannnya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”


Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima :


“Berhentilah kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannnya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat Rahmat. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini melintasi aku.”


Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yag ketujuh maka berkatalah malaikat penjaga langit tersebut :


“Berhentilah kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannnya bahkan pukulkan pula akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggoa badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir ( zikir di sini bermakna : mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riya dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fuqaha dan supaya disebut di kalangan para ulama’ dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang riya’ itu melintasi aku kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riya’ dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riya’.”


Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala lagit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya :


“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.


“Lalu para malaikat tadi berkata :


“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh 7 petala langit dan seisinya.


Mendengar sabda Rasulullah S.A.W ini lalu Mu’az menangis seraya berkata. “Engkau adalah RasulullahS.A.W. Sedangkan aku adalah Mu’az (hamba Allah yang bukan Rasul). Lalu bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.” Lalu Rasulullah S.A.W menjawab :


“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Mu’az jagalah lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al-Quran (golongan ulama’) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu k eatas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan merreka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik keada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan akhirat.


Allah telah berfirman :
Mafhumnya : Demi yang mencarik akan carikkan.
(Surah Al-Nazi’at. Ayat 2)


Apakah engkau ketahui wahai Mu’az siapakah mereka yang mencarik itu? Mu’az bertanya : “Ya Rasullullah, sebenarnya siapa mereka ?” Lalu Nabi S.A.W menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”
Mu’az bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat dari seksaan itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”


Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al-Quranul Karim leih daripada Mu’az kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.


Jadi sahabat2, mari kita bersihkan hati, teluskan jiwa dan ikhlaskan amalan. Hanya dengan itu amalan kita akan diterima Allah. INSYA ALLAH…

No comments:

Post a Comment