Nur of Ramadhan 5-6 Sept 2009

Sebelum aktiviti mandi-manda

Ceria selepas bertadarus

Mereka memerlukan kita

JKQ telah bekerjasama dengan Titian Asli untuk menjayakan program bersama orang asli di Kg. Songkok,Batang Kali,Selangor. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Walaupun pada mulanya banyak kesulitan yang dihadapi,dengan pertolongan Illahi dan kerjasama dari semua hati-hati yang hadirkan diri kita tetap meneruskan apa yang telah dirancang dan direncanakan.
Tujuan kita ke sana bukan sahaja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,malah kita terapkan ke dalam diri mereka dengan deen Islam yang lebih utama. Walaupun kehidupan mereka nampak terasing dengan dunia kita,kita jangan sesekali memandang rendah terhadap makhluk yang sama taraf di sisi Illahi ini.
Terima kasih kepada sahabat2 yang terlibat...moga2 setiap langkah dalam menjayakan program ini dilipat gandakan dengan ribuan keampunan dari Illahi dan diberi sebanyak-banyak rahmat yang tak terkira luasnya. Lebih-lebih lagi kalian sudi meluangkan masa dan tenaga dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini di mana tidak semua insan sanggup berkongsi sebahagian hidupnya bersama orang lain. Jazakumullahu Khaira~
Diharap,kita dapat teruskan aktiviti seperti ini pada masa akan datang dan jangan ada yang berundur untuk terlibat sama. Ini kerana,kita telah nampak di mana tanggungjawab kita.


"Dekatkanlah mereka dengan Islam...Hulurkan dengan kasih sayang..."

3 comments:

  1. best3x!...thanx 4 bdk2 JKQ yg sporting...mg sm2 beramal m'bina saham akhirat...;>

    ReplyDelete
  2. salamullah alaikum jami'an

    segala puji tuk DIA yg menciptakan kita..

    smoga kita leh slalu bergerak bersama yer..sudah saatnya club2ni bergerak keluar.."islam rahmatan lil alamiin"

    ReplyDelete
  3. salam mubarak....

    alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi ats pluang yg di berikn utk sertai progrm ni..

    bez sngt2...

    moga2 ini merupakan detik permulaan arena dakwah kt semua..insyaAllah..

    sekadar renungan buat semua shbt2..

    " kita dtg berbekalkan amanah..
    fitrahnya tanpa sepalit noda..
    usah mengharap kembali menjadi kain putih..
    tp berusahalah utk kembali mnjadi batik yg indah dipndang & selesa dipakai..
    biar hilang sahabat krn perjuangan jgn hilang sahabat seperjuangan..
    moga saat kemenangan ISLAM kita masih ISTIQAMAH di sisiNYA.."

    ReplyDelete